Program Pemeriksaan Mata Percuma

Surau Al-Raudhah bersama dengan Muhmin Eyewear telah mengadakan program pemeriksaan mata percuma selama dua hari pada 10 Januari dan 11 Januari 2023 dari 12 Tenghari sehingga 9.00 malam di perkarang Surau Al-Raudhah Bandar Baru Selayang. Pihak Muhmin Eyewear juga berbesar hati menyumbangkan sebanyak 9 pasang cermin mata kepada individu yang berkelayakan.

Pihak surau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Muhmin Eyewear yang sudi mengadakan program di surau ini dan meminta maaf kepada semua sekiranya terdapat kekurangan sepanjang program berlangsung.
Diharapkan program seperti ini akan dilaksanakan pada masa akan datang.