Sambutan Maulidur Rasul 1444H

Ahli kariah Surau Al-Raudhah telah menyertai program Maulidur Rasul anjuran Masjid Al-Firdaus. Program dimulakan dengan perarakan gabungan surau-surau di dalam kariah Bandar Baru Selayang dari Dataran Ilmu sehingga ke Masjid Al-Firdaus. Program dimeriahkan lagi dengan ceramah oleh Ustaz Kazim Elias, nyanyian qasidah dan penyampaian hadiah kepada peserta perarakan. Walaupun kariah Surau Al-Raudhah hanya mendapat tempat sagu hati tetapi ia dianggap sebagai pengalaman yang cukup bermakna lebih-lebih lagi program seperti ini julung-julung kali diadakan setelah 2 tahun negara di landa wabak Covid-19.